Tiada Rangkaian Iklan

Waktu solat yang tenang, bukan yang bising.

Al-Quran lengkap dengan audio offline, Kiblat guna kamera AR, dan waktu solat yang terus betul walaupun anda sedang terbang. Dibina khas untuk Muslim Malaysia: tiada banner melayang, tiada rangkaian iklan, dan sebarang tajaan sentiasa berlabel.

Muat turun pada App Store Dapatkan di Google Play
Tiada rangkaian iklan Al-Quran berfungsi offline Dibina untuk Malaysia
Skrin utama Iqamah menunjukkan waktu solat semasa dan tempat berhampiran
Al-Quran

Mushaf 604 muka, bacaan pelbagai qari, semuanya tanpa internet.

Baca ikut mod mushaf (Uthmani penuh) atau mod terjemahan Bahasa Melayu, dengar bacaan beberapa qari pilihan, dan teruskan dari mana anda berhenti, walaupun dalam flight mode.

  • Mushaf lengkap 604 mukaFont Hafs Uthmani, dengan jalur surah dan tanda juzuk sebenar.
  • Audio pelbagai qari, muat turun sekaliDengar sambil ikut teks, simpan untuk didengar tanpa data.
  • Sambung baca automatikTanda muka dan ayat terakhir disimpan, merentas Surah, Juzuk dan Muka.
Skrin bacaan Al-Quran mod mushaf dengan pemain audio
Kiblat

Cari kiblat guna kamera, tiada kompas fizikal diperlukan.

Dail kiblat biasa untuk semakan pantas, atau mod kamera AR yang melapiskan arah terus di atas pemandangan sebenar sekeliling anda, tepat walau di mana-mana sudut bilik atau bilik hotel.

  • Mod kamera ARLapisan arah kiblat terus di atas kamera telefon, masa nyata.
  • Ketepatan GPS + kompas perantiDarjah tepat ikut lokasi sebenar anda, dikemas kini terus.
  • Berfungsi atas kapal terbang jugaDikira semula ikut hidung kapal dan kedudukan GPS terkini.
Skrin arah kiblat dengan butang cari kiblat guna kamera
Musafir

Waktu solat yang ikut anda terbang, bukan yang anda kena cari sendiri.

Masukkan nombor penerbangan atau tiket, dan Iqamah jejak zon waktu destinasi, arah kiblat dari hidung kapal, serta bila qasar dan jamak berlaku, automatik sepanjang penerbangan, walaupun tiada internet di udara. Mod Musafir percuma, tetapi anda perlu log masuk dengan Apple atau Google untuk membukanya.

  • Mod dalam penerbanganArah kiblat dari hidung kapal, dikira semula sepanjang perjalanan.
  • Waktu solat destinasi automatikTiada perlu tukar zon manual, app kesan sendiri ikut lokasi.
  • Itinerary & Panduan UmrahSusun perjalanan, miqat, tawaf dan sa'i dalam satu tempat.
Skrin Musafir dalam penerbangan menunjukkan arah kiblat dan masa mendarat

Tiada rangkaian iklan. Tajaan sentiasa berlabel.

Tiada banner melayang, tiada video sebelum buka Al-Quran, tiada "tonton iklan untuk buang kompas". Tiada rangkaian iklan pihak ketiga dalam app.

0Rangkaian iklan
0Langganan tersembunyi
100%Waktu solat, Kiblat, Quran percuma
+ Dan banyak lagi
Zikir & doa harian Kaunter tasbih dengan sasaran harian, dan koleksi doa pilihan.
Masjid & tempat berhampiran Peta masjid, surau dan tempat makan halal berdekatan lokasi anda.
Widget & Live Activity Waktu solat terus pada skrin kunci dan widget Home Screen.

Mula guna Iqamah hari ini.

Percuma. Tiada akaun diperlukan untuk waktu solat, Kiblat, Al-Quran atau zikir.

Muat turun pada App Store Dapatkan di Google Play